
Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah sihat walafiat di samping housemate...Sekarang sudah merasai ke'sedap'an Autumn, tidur memang best, sampai tak bangun2, bila nak bangun je, mesti jatuh beradu kembali...haihh
Anyway, result tentang pemilihan telah keluar dan seperti dijangka aku, Matmin dan Anis dapat masuk 研究室 ( lab ) yang masing2 nak pergi, Matmin masuk 半導体工学研究室 ( semiconductor engineering ) oleh Doi sensei dan Anis masuk Maeda sensei punya 光エレクトロニクス ( optical electronics lab ). Aku seperti yang disebut-sebut berapa kali dalam post yang lepas, adalah lab yang paling bahaya la, nuclear reactor lab...hohoho..Lepas ini, jangan datang dengan aku tau, takut terkena radiasi, gelap masa hadapan...hahaha
Tapi, aku belum boleh menarik nafas lega lagi pasal lab ni lah paling complicated sekali pentadbiran, first time seminar lepas keputusan keluar, kami sepuluh orang dikehendaki pilih pula lagi siapa sensei dan kenkyuushitsu mana....FYI, dalan kenkyuushitsu ni, terbahagi pula kepada tiga : 弟1研究室 ( first lab )、弟2研究室 ( second lab )、第3研究室 ( third lab )...lab pertama adalah yang berkaitan dengan reactor itu sendiri, lab kedua ni berkaitan dengan radiation dan lab ketiga berkaitan dengan mesin perubatan seperti X-ray dan mesin detect kanser. Setiap satu lab ada 3 orang lecturer....Perghh, sensei sangat kejam kerana menyuruh kami membuat Pilihan Pertama, Kedua dan Ketiga, sensei yang mana nak, dengan sebab sekali dalam masa setengah jam...memang terbaik!!!
Aku yang tak tahu nak pilih sensei mana, tak tahu apa kenkyuu sensei tu tengah buat sekarang main pilih je...yalah, bukan semua sensei yang cerita apa yang dia buat, daripada 9, 2 org x datang buat setsumei, 3 org x setsumei sgt die nye kenkyuu ape, cakap ippan je...so memang terbaik la...Last2, pasal aku dah target nak main banyak2 dengan reaktor, aku pilih semua sensei dari lab pertama, puas hati...
Pasal sebab, aku goreng la, Malaysia ada plan nak buat janakuasa elektrik menggunakan nuklear pada tahun 2022, so aku naklah menjadi penyumbang kepada pembinaan itu ( perghh, memang nampak mulia la sebab aku...1malaysia, kerajaan didahulukan, prestasi diutamakan..hohoho)
Tapi memang penting pun sebenarnya reaktor nuklear kepada Malaysia pada masa hadapan kerana:
- Mungkin harga pebinaannya, latihan pekerja mungkin agak mahal tetapi untuk jangka masa panjang, sangat berbaloi.
- Harga barang mentahnya yang sekarang lebih murah dan stabil berbanding petroleum. Kerajaan juga terpaksa menanggung subsidi minyak untuk mengurangkan harga bil elktrik.
- Dengan murah kosnya tenaga elektrik, pelabur luar akan bertambah ramai datang melabur ke Malaysia.
- Malaysia tidak boleh bergantung kepada petroleum sahaja kerana simpanan petroleum dunia tinggal untuk beberapa puluh tahun sahaja. Tetapi, Uranium yang digunakan dalam reaktor boleh dikitar semula kepada Plutonium dan diguna semula. Dijangka dengan berbuat begini sumber tenaga nuklear tidak akan habis dalam jangka masa yang sangat panjang.
- Janakuasa nuklear tidak mengeluarkan gas rumah hijau ( indirectly, hasil juga iaitu ketika transportation bahan tetapi janakuasa itu sendiri, tidak keluar ). Dengan ini Malaysia dapat menyokong Protokol Kyoto yang mensasarkan penurunan gas rumah hijau.
- Dengan tenaga elektrik yang murah juga, boleh menjadi pemangkin kepada plan membina sistem keretapi menghubungkan seluruh negara seperti Jepun ( Yahoooo!!! )
Setakat ini. tenaga yang boleh diperbaharui memang ada, tetapi tidak menjanjikan tenaga yang berterusan dan stabil....jika ada yang boleh menjana tenaga yang banyak dalam satu masa seperti tenaga solar pun, kosnya terlalu tinggi. So reaktor nuklear adalah pilihan yang terbaik.
P/S : Bila la aku nak start balik tulis dalam BI ni...













