hex-everros


Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Wah 5 bulan tak ter'update' blog ni, satu pencapaian yang cemerlang. Entah sebelum-sebelum ini terasa sungguh malas. Selama ini, hanya guna blog ini hanya sebagai meja tulis email. Hah, meja tulis email? Mai nak habaq mai, hangpa tahu kalau nak letak gambaq, adalah coding dia yang hangpa kena pakai, tapi kalau pakai yahoo, hangpa kena tulis coding sendiri. Tu yang aku tak gheti. Senang, tulis kat blog ini, copy paste di email. Habis ceghita.

Ok balik KL balik. Selama 5 bulan ini, banyak yang berlaku. Heart-throbbing, topsy-turvy, head-smashing, semua ada. Tapi tak tulis kat sini, tapi hari ini mungkin peak dia balik sampai terasa nak tulis di blog ini. Agak serabut juga, faktor luaran yang mencengkam, faktor dalaman mengbungkam. Kalau boleh operate hati ini, ingin sahaja dikorek dan dibuang apa yang terbuku di hati. Tapi tak apalah, as time goes by, hilanglah benda itu. Macam tak biasa pula. ( Ye ke? )

FYI, sekarang aku duduk rumah seorang-seorang.. Rumah yang kalau kat Jepun ini, boleh dikatakan besar kalau duduk seorang. Selalu orang tanya, "Kenapa duduk rumah besar ini? Mesti dah menghala ke 'situ'? ( yang tak faham, buat-buatlah faham ). Biasalah, usikan orang umur 20-an. Aku pun selalu buat juga. Ya, saya memang menghala ke 'situ', semua orang sedang menyiapkan diri menghala ke 'situ' kerana lambat laun akan sampai juga. Seperti mati, sedia tak sedia, kalau dah sampai seru, tiba jua. Tapi duduk rumah besar ini bukanlah disebabkan itu. Rumah yang aku sendiri namakan Teratak Khalid ini didiami, pertama, kerana tak biasa duduk rumah kecil, kedua, moga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh orang yang boleh mendapat manfaat darinya dan sebab-sebab seterusnya.

Tapi serius sunyi duduk seorang ini. Tapi alhamdulillah, kerana sekarang disbukkan dengan usrah, AMIR dan sebagainya, menyebabkan setiap minggu keluar. Kemudian kohai-kohai yang baik hati bertandang ke rumah setiap malam untuk sembahyang Isyak bersama mengurangkan rasa sunyi. Kemudian teknologi facebook, email, Iphone yang membolehkan perhubungan jarak jauh juga sangat membantu. Teringat dulu, punyalah rasa hendak duduk seorang-seorang semasa pemilihan universiti di Jepun. Baru rasa, manusia itu fitrahnya bersosial. Nabi Adam dulu pun selepas diciptakan seorang, merasa sunyi dan diciptakan baginya Hawa. ( jangan salah anggap, saya tidak berhasrat memperkatakan 'situ'. Fitrah! Fitrah! )

Sekarang cuba meningkatkan motivasi diri untuk mentelaah buku Introduction to Nuclear Reactor  setebal satu inci itu yang penuh dengan huruf-huruf Greek itu, mempertingkatkan penguasaan bahasa Jepun yang nampaknya sudah stagnant, menguasai 4 Istilah oleh Al-Maududi, melawan kesedapan selimut yang menguliti di kala sejuk ini, mengurangkan curiosity kepada perkara yaang ada nilai pengetahuan tapi tidak membawa kepada amal. Wahhh banyaknya. Saya ingin menjadi seperti mereka, Pak Cik Roslan, Dr Hafidzi, Pak Cik Zairol. Mengorbankan masa diri untuk orang lain yang nantinya di akhirat nanti kembali kepada diri sendiri.

Ok Ganbarou!!!!!

Allahumma yassir wa la tuassir umurona !
0 Responses

Post a Comment