Sekarang menunggu pukul 1.10, hendak menunggu kafeteria universiti kosong. Maka rasa nak menulis sedikit.
Hari itu, ada borak dengan member baik yang rasanya setiap minggu disebabkan tugasan. Dia ini memang talkative. Penat macam mana pun, mesti akan cakap juga. ( bukan Yusri Saidin ye, dia dah busy dengan Maryam, hehehe ). Dalam satu benda itu, dia ceritakan tentang ada seorang pak cik ini yang bawa usrah dekat Malaysia masa kami JAD dulu.
Pak Cik yang talk dia, kalau dengar memang mengantuk lah. Mungkin suara dia perlahan. Aku pun sebenarnya tak pernah dengar dia cakap macam mana pasal tak pernah join usrah dia. Tapi, usrah dia memberi kesan kepada ahli usrah dia. Dia sentiasa diingati oleh anak usrah dia walaupun dah lama.Dan memang dikenali Pak Cik ini sangat baik.
Itu membuatkan aku terfikir. Penceramah atau pendakwah, bila makin banyak dia engage manusia, semakin banyak dia perlu engage dengan Tuhan nya. Sememangnya teknik, ilmu, pengisian yang diberi itu penting, tapi yang lagi penting adalah hubungan dengan Pencipta manusia. Allah swt. Kerana dalam apapun perkara yang dirancang. perkara yang sangat perlu diambilberat juga ialah faktor Allah. Kerana Allah yang menentukan segalanya dan faktor Allah ini akan lebih berkesan ini dengan kita bertaqwa kepadanya dan semakin mendekati-Nya.
Ketika ustaz Hasanuddin dari Aqsa Syarif datang hari itu. Dia menceritakan bahwa di dalam kapal Mavi Marmara itu, dalamnya bukan calang-calang orang. Di dalamnya dipenuhi dengan ibadah wajib dan sunat, tazkirah dan perkara baik yang lain. Dan kesannya, perkara berhubungan Palestin makin menarik minat ramai orang di dunia disebabkan tragedi Mavi Marmara itu dan Israel gelabah menghadapinya. Kesan daripada mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah.
Nampak tidak logik tapi sememangnya logik itu terbatas. Logik tidak boleh menerangkan semua perkara. Jika Allah mahu buat sesuatu, Allah boleh buat dan contoh paling konkrit, kelahiran Nabi Isa, tiada berbapa, kelahiran yang berlaku walaupun tiada hubungan seks. Dan inilah salah satu iktikad aqidah kita.
Mari meningkatkan amalan harian kita. Gambarou!




Post a Comment