hex-everros

Alhamdulillah,  Kak Su melahirkan anak yang ketiga, Amsyar Daniel. Wahh, ni anak saudara aku yang tak keberapa tah. Dulu rajin jugak kira, sekarang dah malas dah..... Dulu baru rasa peluk Yah, dah tambah Ammar. Baru rasa nak peluk Ammar, keluar pulak Amsyar. Sori lah anak saudaraku sekalian. Daku bukan milik dikau seorang, tapi milik ramai lagi... abang, kakak, adik, sepupu dikau malah kawan-kawan daku sendiri ( Masyarakat? ). Malah atuk dan nenek dikau pun tak puas lagi peluk daku.

Yah ni senang dipeluk kerana dah biasa dipeluk olek Pak Cik Aiman. Malah sekarang, kalau nak pergi surau, mesti nak ikut. Sayang benar ngan Pak Cik Aiman. Tapi Ammar ini iya sedikit, peluk je nangis, aishhhh.


Ni lagi seorang yang sebaya ngan Ammar, Arif Umar namanya. Diri sendiri rasa Arif Umar nilah yang paling sama muka dengan diri sendiri ketika kecil. Mata bulat....apa lagi eh... tu jekot. Tapi tidak dipersetujui oleh Along yang tengok aku membesar dari lahir lagi.. So perasan sendiri lah ni...

Owhhh, tiba-tiba rasa hendak peluk mereka ni!!!!! ( terserlah soft side )

P/S : Hari Rabu malam adalah yang paling sentimental. Kalau tengok jadual mingguan aku, tahulah apa sebab dia..
0 Responses

Post a Comment