Apa yang membuat seorang public speaker dapat public speaking dengan lancarnya?
Bakat semulajadi? Sudah tentu! Ada orang dilahirkan untuk bercakap sahaja. Walaupun penat macam mana pun, kalau bila bercakap, macam orang tak letih.
Tapi Einstein kata "Genius is 1% inspiration and 99% perspiration.". Tapi boleh ke orang biasa membuat teori seperti Einstein buat? Tak boleh walaupun berpeluh itu mencapai 99.999999%.
Maka ia kembali kepada bakatlah nampaknya. Dan nampaknya aku memang tidak berbakat untuk public speaking, walaupun dah bersedia sehari sebelum itu.
Tidak kisah sebenarnya tidak berbakat public speaking, tapi lebih kepada pandangan atau harapan adik-adik keluargaku kepada aku. Disebabkan kurangnya bakat public speaking, menyebabkan mereka semakin jauh daripadaku.
"Boring arr bro ni, baik pergi tempat lain."
"Uargghhh, mengantuknyaaaaa!"
Atau perkumpulan ini lebih daripada setakat public speaking seorang mentor kepada adik-adik? Kalau begitu, apa dia yang menyebabkan mereka menerima seadanya aku? Iya, aku tahu, kasih sayang itu penting, tapi pembinaan minda dan pemikiran mereka juga adalah bahagian yang tidak kurang besarnya. Tanpa cara yang elok dan molek lidahku berbicara, dapatkan mereka memahami apa yang inginku nyatakan?
Kepada-Nya lah aku serahkan. Sebagaimana Dia mengajar manusia dengan pengantara, dengan pena, sebegitu juga Dia mengajar hamba-Nya yang soleh yang kita namakan Khidir ( walaupun tiada nas yang mengatakan namanya ) tanpa pengantara.
Matlamatku hanya berusaha memperbetulkan apa yang termampu. Mungkin belum cukup usahaku untuk Allah memberi kemudahan kepadaku.
Allahu yassir!!




Post a Comment