Adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Kadang-kadang dia merasa kuat dan kita melihat mengapa kita tidak menjadi seperti dia. Tetapi beberapa masa selepas itu, kita sedih melihat orang yang sama, tiba-tiba menjadi tidak bersemangat, lemah tidak berdaya dan selalu menjauhkan diri. Dia di sini juga tidak terkecuali diri yang sedang menaip post ini.
Entah, rasa hari ini seperti tidak bersemangat hendak buat apa-apa. Rasa hendak tidur sepanjang hari. ( tiba-tiba langit menjadi mendung, memang sedap tidur ni ). Padahal, banyak benda yang hendak buat minggu ni, esok rasanya memang tak ada masa sepanjang hari kerana budak Malaysia di Kindai ada buat jualan di fureai matsuri. ( Tapi dah cakap awal-awal mungkin tak join, maka bolehlah ponteng ). Mungkin rasa sudah cukup bekerja pada minggu ini dan berhak mendapat cuti? Astaghfirullah. Nauzubillah min zalik.
..........................
Borang MARA telah sampai semalam. Sungguh banyak yang hendak diisi. Macam-macam borang yang aku tak pernah jumpa. Kemudian, ada satu borang itu, entah aku rasa memang turun temurun dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi, dengan bahasa lama. Patutnya boleh ditaip balik kot dan dikeluarkan yang baru punya.
-----------
Tahniah kepada dua mentor dan sahabat baik yang baru melangsungkan perkahwinan awal bulan Mei hari itu, Hilme Hela Ladin dan Ibrahim @ Baim. Insya Allah kami yang lain pun akan menyusul cuma aku lagi lambatlah pasal dah tertulis dalam perjanjian MARA, tidak dibenarkan kahwin jika tidak meminta kebenaran, huhuhu. Tapi, rasanya banyak sahaja budak MARA yang kahwin masa belajar. Tapi mungkin bukan saya kerana saya adalah budak yang taat, huhuhu. Dan status "PINJAMAN" ini boleh menjadikan orang ragu dengan staus kewangan aku.
Kadang-kadang terasa sengal juga diri ini, menjadikan perkara perkahwinan ini satu perkara gurauan. Sebenarnya, perkahwinan merupakan perkara yang paling berat kerana memagang dan menjaga benda amanah iaitu isteri ( dan anak-anak ). Kalaulah dibandingkan dengan amanah menjaga barang ke, dokumen itu, mungkin senang sedikit lah. Tapi memang terasa seronok bergurau kalau cerita pasal kahwin ini dan aku rasa sendiri merasakan gurauan ini menjadi satu galakan untuk rakan-rakan yang lain untuk berkahwin. Bagaimana ia menjadi galakan? Apabila kita sering sebut perkara itu, orang akan termotivasi untuk melakukannya dan apabila kita bergurau, kurang berat sedikit bunyinya berbanding tanggungjawab yang sememangnya berat. Okey, lepas ini aku kurangkan cakap pasal kahwin. Period. Next!
-------------------
Ada orang mempersoalkan dahulu kenapalah orang Mesir ini memberontak menentang kerajaan Hosni Mubarak dan juga pergolakan yang berlaku di negara Timur Tengah dan Afrika yang lain. Kan elok hidup dalam keadaan aman di mana semua orang boleh pergi kerja dan beribadat dengan selesa, ekonomi menjadi stabil dan bla, bla. Untuk pengetahuan anda semua, semua negara yang bergolak itu adalah negara-negara yang kaya, kaya dengan hasil minyak, kaya dengan hasil cukai. Tetapi, yang menikmatinya adalah orang-orang yang berada di atas, yang memimpin sedangkan rakyat semua hidup melarat. Ingatlah, jihad yang paling baik adalah perkataan di hadapan pemimpin yang zalim.
Dan lihatlah Mesir sekarang, menjadi negara yang memperjuangkan Palestin. Menteri luarnya berjanji untuk membuka pintu sempadan Rafah yang menutup Palestin daripada dihubungi oleh negara sekitarnya, yang sebelum ini ditutup rapi oleh kerajaan Hosni Mubarak. Kerajaan Mesir sekarang juga yang menjadi orang tengah yang mempersatukan Fatah dan Hamas dan diharapkan keadaan ini akn berkekalan dan nasib saudara seIslam kita di Palestin akan terbela.
Kemenangan Islam di muka bumi sudah menampakkan tandanya.Sebagaiman harapan seorang doktor melihat pesakitnya berubah sedikit dari sesuatu kedudukan yang buruk yang tiada harapan sembuh, kepada perubahan yang baik walaupun sedikit, begitulah juga kita sebgai seorang Islam melihat perubahan ini.
Wallahu a`lam.




Post a Comment