hex-everros

Benda yang paling seronok tentang kali pertama ini ialah ada unsur suspense atau kejutan. Itu sebab dalam bahasa Jepun, ada ucapan お楽しみ ( o-tanoshimi ) untuk menggambarkan perasaan tak sabar hendak tahu dan gembira dengan perasaan itu( lebih kurang lah, susah juga nak beri maksud sebenar ) .

Hari ini aku ber`pertama kali` lagi. Benda yang sama pada post ini tapi upgrade sedikit, huhu. Aku kali ini bukan penonton, tapi kesebelasan utama dalam permainan yang sebelum ini aku tonton sahaja. Dah rasa dah. Dulu jadi penonton, gelak-gelak lihat mereka bermain tapi kali ini, sebagai pemain, terdiam, terpaku, tak mampu nak buat apa-apa. Cuma mengikuti cara permainan yang ada.

Sebenarnya dalam apa-apa permainan berpasukan, komunikasi dan keserasian itu sesuatu yang penting. Contoh dalam Liverpool, Andy Caroll hendak bola, maka dia pun jerit dekat Steven Gerrard supaya pass bola dekat dia. Andy Caroll sudah rasa kedudukan dia dah mantap untuk menjaringkan gol. Tapi, Gerrard tak dengar atau buat tak dengar, dia rembat terus sahaja ke gawang. Entah mana lebih penting. Mencapai kemenangan atau tindakan yang diambil disenangi semua. Rembatan Gerrard mungkin gol, tapi adakah semua gembira dengan gol itu. Tapi siapa yang tak gembira kalau menang, kan? Permainan yang ini, berbeza matlamat mungkin.

Tapi, tak apalah. Semua bermatlamat yang sama. Semua hendak mencapai kemenangan. Maka berlapang dada adalah sebaiknya.

Baru terbaca dalam Syarah Risalah Ta`lim, penjelasan dalam Rukun Ikhlas.
Perjalanan yang jauh, lambatnya memperoleh hasil perjuangan, dan lambatnya memperolehi kejayaan, merasa penat kerana berhadapan dengan manusia yang memiliki pelbagai kerenah, yang berbeza citarasa dan kecenderungan tidak menyebabkan ia malas, bertangguh dan ketinggalan. Ia juga bekerja bukan setakat memburu kejayaan atau untuk mencapai kemenagan semata-mata, bahkan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan mematuhi perintah-Nya, mengatasi segalanya.

Ya, kita mungkin kurang suka dengan sesuatu perkara dilakukan kepada kita. Tapi kita kena sedar, yang kadang-kadang kita tidak sedar, kita juga buat perkara yang sama kepada orang lain. Maka, diulang sekali lagi, berlapang dada.

Berlapang dadalah !

P/S: Ini post orang baru masuk kerja. Maka, jangan diambil pusing sangat.
0 Responses

Post a Comment