hex-everros

Kalau dahulu, aku rajin menulis disebabkan ingin berkongsi apa yang lakukan sebelum post itu ditulis. Pengalamn berjalan di tempat orang, pengalaman baru, promote buku dan lain-lain. Tapi semenjak dua menjak ini pelbagai benda berlaku satu lepas satu. Dan kali ini berkenaan biasiswa kena bayar balik MARA.. Aku tak rasa avicenne2evolution.blogspot.com ini boleh menyelesaikan masalah, cuma sedap rasanya jari-jemari menari di atas papan kekunci.

Untuk pengetahuan anda semua, MARA sudah menghantar borang perjanjian untuk semua yang sepatutnya mendapat. Tetapi kami ingat biasiswa, rupanya pinjaman boleh ubah. Maka semua peninglah sebelum ini tak pernsh fikir pasal hidup hendak berhutang, asyik semua benda hendak percuma sahaja. Nah rasakan satu pilihan yang paling mahal aku pernah rasa. Pilihan bernilai RM 340,000 hutang! ( Sebenarnya banyak lagi pilihan yang lebih mahal. Contohnya, pilihan membuat dosa besar yang boleh menyebabkan masuk neraka. Itu lagi mahal, kan? Tapi manusia tak buat endah. Nauzubillah. )

Aku pun masih samar-samar lagi keadaan pinjaman ini terutamanya bab boleh ubah. Berapa peratus kena bayar balik kalau lepas dan kalau cemerlang bagaimana pula. Kawan aku ada cerita yang mak dia ada tanya, kalau keputusan bagus, dapat potongan 30%. 30%???? Hah, hendak suruh aku bayar 70% lagi? Maksudnya 238,000 ringgit? Fuhhhh! Memang terbaik! Rasanya boleh dapat rumah sebuah dekat Shah Alam dengan duit banyak ini.

Begitulah menjadi dewasa, semakin lama hidup, nilai sesuatu pilihan semakin mahal. Kepala pun semakin botak hendak memikirkannya. Nasib baik ada Yun Nam Hair Care.

P/S : Mana satu pilihan anda, dapat beribadah dengan banyak di dalam keadaan aman di bawah pemerintah yang zalim ( tidak meletakkan sesuatu di tempatnya ), atau hidup dalam perjuangan yang asyik masuk keluar penjara kerana menentang pemerintah yang zalim itu? Yang pastinya, sebaik-baik jihad ialah bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim. Dan beribadah berterusan tanpa rehat sekalipun masih jauh lagi balasannya dari jihad di jalan Allah. [ Mafhum Hadith Nabi ].
0 Responses

Post a Comment