Aku baru menambah koleksi buku dengan 3 buku di atas. Tulisan Prof Madya Dr Hafidzi, prof serangga perosak di UPM berkenaan sejarah nusatara ini memang membuka mata. Bagaimana sejarah yang kita belajar yang berasal dari orientalis yang berniat secara sedar atau tidak, telah menyorokkan sejarah sebenar Islam di Sumatera. Kemudian, dengan ulasan yang lebih Islamik menyebabkan kita merasa dekat dengan sejarah ini dan bersemangat dengannya. Melihat bagaimana Islam telah mengubah cara hidup masyarakat peribumi di nusantara dan bagaimana Islam telah memperkayakan bahasa Melayu yang asalnya merupakan bahasa yang bersekitar kehidupan asasi manusia ( boleh lihat setiap jenis tumbuhan dan binatang ada nama masing, tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, lotong, kera, monyet ) sehingga menjadi bahasa dakwah dan bahasa ilmu ( perkataan ilmu itu pun asal bahasa arab ), juga menjadi lingua franca pada masa dahulu. Juga, Indonesia yang mencapai kemeredekaan pada 1945 pun menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, walaupun majoritinya menngunakan bahasa Jawa. Memang merasa bangga setelah baca buku ini, huhuhu.
Sekarang sedang membaca buku Fiqh Aulawiyyat oleh al-Qaradawi. Setakat ini mempunyai 3 buah buku oleh al-Qardawi. Memang seronok dibaca.
P/S : Dalam senarai belian tapi duit tak ada.
P/S : Semoga dimudahkan urusan MARA ini. Amin.









Post a Comment