hex-everros
Alhamdulillah, apa yang hendak dibuat di Malaysia sudah selesai semua. Jumpa dengan YPM, MARA, urusan keluarga. Senangnya selesai. Harapannya urusan di Jepun nanti pun akan semudah urusan di sini Tawakkal `ala Allah.

Berita dari MARA, mungkin akan lambat untuk duit masuk kerana urusan kena uruskan satu persatu kerana ini kali pertama MARA taja pelajar ke Jepun, nampaknya kena guna duit sendirilah nampaknya. Duit dah kering dah Jepun, habis pergi Korea hari itu, huhuhu, Memang dah plan kena korek duit tabung dekat Malaysia. Tapi nasib baik kena bayar entrance fee sahaja 10,000 yen. Bayaran untuk tuition fee boleh tangguh insya Allah.

Tukar topik. Aku rasa benda paling bermakna apabila balik Malaysia ini ialah keluarga aku. Jumpa keluarga itu saja dah memang bermakna , tapi yang paling bermakna ialah apa yang aku boleh belajar dari mereka. Alhamdulillah, teria kasih kepada para murobbi/mentor aku yang telah mengubah worldview atau dalam bahasa Melayunya, pandangan terhadap dunia ini. 

Bagaimana kita mentafsir apa yang kita lihat bergantung apa ideologi atau fikrah yang kita pegang. Contoh yang selalu yang digunakan oleh Ust Hasrizal ( saifulislam,com ). Ada tiga orang datang ke pantai. Jurutera petroleum, Pengusaha chalet, Nelayan. Kata jurutera petroleum, "Boleh try cari minyak di laut ini". Kata nelayan pula, "Tenang laut ini, mesti banyak ikan". Kata pengusaha chalet pula, " Laut dia tidak dalam, memang sesuai untuk dibuat aktiviti riadah. Ada chance business ni!" Lihat bagaimana laut yang sama ditafsirkan dengan cara yang berbeza.

Realitinya, memang banyak perkara gembira dan tak gembira apabila kita berkeluarga dan bermasyarakat. Dengan pelbagai ragamnya manusia menyebabkan kita pun pening dan hendak muntah melayan dan menghadam semua. Tapi dari pengalaman aku melihat dan memerhati ini, diharapkan menjadikan aku lebih matang dalam berkeluarga dan bermasyarakat kelak kerana masuk umur 23 tahun ini, tidak dapat tidak, kena juga memikirkan tingkat seterusnya dalam kehidupan walaupun targetnya adalah dalam beberapa tahun lagi.  Takkan hendak kekal di takuk kehidupan depan permainan komputer atau video selama-lamanya. Sepupu sebaya semua sudah mendahului.



Kenalah bersedia lebih awal, takut ketika mendaki nanti tanpa persediaan yang cukup, akan lelah atau cedera di tengah jalan, kena patah balik dari awal. Kalau setakat Gunung Fuji itu memang agak mudah kerana trailnya dah ada, cuma tinggal ikut sahaja. Tapi ini trailnya pelbagai, makin lama makin susah. Pandai sungguh aku berkias.

Sudah hendak tamatkan zaman bermain-main aku? Tidakkkkk!!!
0 Responses

Post a Comment