hex-everros
Sejuk --> Kering --> Batuk --> Batuk naik level --> Batuk macam nak head banging --> Kepala pening --> Mata sakit cam nak terkeluar --> Otot perut digunakan --> Sakit otot perut ---------> Six-pack ( wahhh )

Sekarang ini memang tak ada mood nak buat apa-apa kerana chein reaction di atas. Duduk depan PC Matmin yang esok  diberitakan akan balik Kansai. Tapi nasib baik tak payah pergi universiti, mendengar Kitaro sambil buat flyer and thesis depan PC 

Dah decide balik msia 19/3. Lambat pula mereka menyenaraikan semua nama yang dapat sambung. Result YPM dan UMP ada yang dah keluar walaupun bukan semua. Tahniah kepada mereka. Yang belum lagi dapat, masih boleh relaks-relaks lagi. Buat thesis dengan hati yang gembira. Kerana perancangan Allah itu melebihi segala-galanya.

Semalam tak tidur hinggalah subuh. Bukan sebab batuk, tapi berangan-angan berimpian jika dapat sambung hendak buat apa. Masih postif bahawa diri ini akan dapat. nampaknya perancangan kali ini memang berbeza dengan perancangan sebelum ini kerana memasukkan unsur yang diri snediri tidak percaya. Nama pun angan-angan. Nak duduk rumah 2 orang tapi duduk seorang. Tak biasa rasanya rumah kecil. Nak sambung PhD dekat universiti awam bukan swasta. kalau tak dapat scholar pada masa depan, mungkin boleh part-time sendiri. "Kerana hendak stay di Jepun itu merupakan satu pilihan, bukan ditentukan", kata seorang member. ( Of course, in the end Allah yang menentukan. )

First time mebeli kasut ZARA. Sale yang amat tahap apa entah. Sebenarnya seorang yang tidak pentingkan sangat jenama, lebih utamakan fungsi kerana tahu beli mahal-mahal pun akan hilang dan cepat rosak. Tapi alang dah murah, angkutlah sepasang.

Mereka sekarang telah memilih trend memakai snow cap seperti chopper, sungguh tidak sangka sampai diri sendiri pun terbeli.


1 Response
  1. fareast Says:

    ish2, apa yang ko beli tu man. Hmmm....


Post a Comment